Saturday 11 June 2011

Adab Makan dan Minum.

Assalamualaikum kepada semua pengunjung,
Pada hari ini saya akan bawakan kepada anda semua, adab makan dan minum.
di harap anda semua mendapat manfaat daripadanya.

Pada pengakhiran pembelajaran, seharusnya pelajar dapat:
1. menyebut adab-adab sebelum makan dan minum.
2. menyatakan adab-adab ketika makan dan minum.
3. membaca dan menghafaz doa sebelum makan dan minum.
4. membaca dan menghafaz doa selepas makan dan minum.
5. menyatakan fadhilat beradab semasa makan dan minum.
6. menyatakan akibat tidak beradab ketika makan dan minum.

Antara adab ketika makan dan minum adalah:
1. mengutamakan orang yang lebih tua.
2. jangan gelojoh ketika makan dan minum.
3. menggunakan tangan kanan ketika makan.
4. mengambil makanan yang terdekat dengan kita.
5. jangan bercakap perkara yang tidak perlu ketika makan.
6. jangan mencaci atau menghina makanan yang di hidang kepada kita.



Cara makan dan minum yang betul.
Membasuh tangan sebelum makan.

selepas itu kita di ajar membaca doa sebelum makan, oleh itu, hendaklah kita membaca doa ketika hendak makan.


pakaian kita juga hendaklah bersih dan kemas.

kita juga mestilah duduk dalam keadaan tertib dan baik.

setelah selesai makan, kita ada doa selepas makan yang perlu di baca.

Fadhilat beradab semasa makan.
1. dapat mengelakkan pembaziran.
2. sentiasa di pandang mulia oleh orang lain.
3. tidak menimbulkan kebencian kepada orang lain.
4. sentiasa mendapat keredhaan dari ALLAH.
5. dapat manjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

Akibat tidak beradab semasa makan.
1. tidak di sayangi oleh Allah dan Rasul.
2. dipandang hina oleh orang lain.
3. boleh mendatangkan penyakit.
4. menyebabkan pembaziran.
5. perbuatan kita tidak di sukai oleh masyarakat.

mari kita menyanyikan lagu ini bersama-sama.

4 comments:

  1. menarik3...coz ade video lgu utk doa mkn...hehehehe
    if every n3 ade video lgu2 cm nie,mst ar lg best nk bce blog nie...hahaha

    ReplyDelete
  2. mudah dibaca dan difahami anak2 bukn sahaja ibu bapa...ditambah pendekatan variasi warna dalam penulisan dan fond yg besar memudahkan si 'mata empat' membaca....video diakhir kalam menarik minat sipembaca utk lebih follow up this blog next time....keep it up akhi.....:)

    ReplyDelete
  3. sesuai tuk semua peringkat umur... syabas hanafi... teruskan usaha... sangat2 menarik tuk pnp... pasti semua yang melihat akan tertarik dengan isi pelajaran... :)

    ReplyDelete