kongsikan bersama

Saturday, 25 June 2011

Adab Berkenderaan.

Assalamualaikum
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Adab ketika menaiki kenderaan:
1. Kenderaan yang di gunakan adalah selamat dan sempurna.
2. Beratur dan mendahulukan orang yang lebih tua.
3. Melangkah masuk kenderaan dengan kaki kanan.
4. Membaca doa menaiki kenderaan.
mari dengarkan bacaan doa menaiki kenderaan ini......


5. Mematuhi peraturan jalan raya.
6. Tidak bergurau ketika memandu.

Fadhilat Beradab Ketika Menaiki Kenderaan:
1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
2. Dipandang mulia oleh orang lain.
3. Melatih diri supaya berdisiplin di jalan raya.
4. Mudah sampai ketempat yang di tuju.
5. Selamat dalam perjalanan.
6. Mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Akibat Tidak Beradab Ketika Menaiki Kenderaan:
1. Tidak di sukai orang lain.

2. Berlaku kemalangan.

3. Menyebabkan orang lain menjadi susah.

4. Lambat sampai ke tempat yang di tuju.

5. Menyebabkan kesesakan di jalan raya.

Tuesday, 14 June 2011

Adab Tidur.

Assalamualaikum
Ayuh para pengunjung, kita teruskan sesi pembelajaran kita kali ini dgn tajuk pelajaran kedua dalam
Ahklak Darjah 2.

Pada pengakhiran pembelajaran, seharusnya pelajar dapat:
1. menyatakan adab-adab sebelum dan selepas tidur. 
2. membaca doa sebelum dan selepas tidur.  
3. menghafaz doa sebelum dan selepas tidur.
4. menyatakan fadilat mengamalkan adab sebelum dan selepas bangun dari ttidur.
5. menyebut akibat tidak beradab sebelum dan selepas bangun tidur.

Antara adab sebelum tidur adalah:
1. menggosok gigi sebelum tidur.

 2. mengambil wuduk.

 3. berpakaian bersih.
4. memohon maaf kepada kedua ibu bapa.


5. membaca doa tidur.


Adab Selepas Bangun dari Tidur:
1. membaca doa bangun dari tudur, doanya seperti berikut:
   maksudnya: segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

2. mengemaskan bilik tidur.
3. mesti menggosok gigi.
4. mesti bersuci dan mandi.
5. mesti berpakaian bersih dan kemas.

Fadhilat Mengamalkan adab-adab sebelum dan selepas bangun dari tidur: 


1. dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w
2. dapat menjaga kesihatan tubuh badan.
3. melatih diri supaya sentiasa berdisiplin.
4. tidak mengantuk dan letih ketika belajar.
5. minda sentiasa cergas dan cerdas.
6. kita akan di sayangi orang sekeliling.
 Akibat Tidak beradab sebelum dan selepas bangun dari Tidur:


1. rasa mengantuk ketika belajar.
2. mudah mendapat penyakit.
3. hilang rasa disiplin diri.
4. di benci orang lain dan keluarga.
5. susah untuk mengingat pelajaran.
 

Saturday, 11 June 2011

Adab Makan dan Minum.

Assalamualaikum kepada semua pengunjung,
Pada hari ini saya akan bawakan kepada anda semua, adab makan dan minum.
di harap anda semua mendapat manfaat daripadanya.

Pada pengakhiran pembelajaran, seharusnya pelajar dapat:
1. menyebut adab-adab sebelum makan dan minum.
2. menyatakan adab-adab ketika makan dan minum.
3. membaca dan menghafaz doa sebelum makan dan minum.
4. membaca dan menghafaz doa selepas makan dan minum.
5. menyatakan fadhilat beradab semasa makan dan minum.
6. menyatakan akibat tidak beradab ketika makan dan minum.

Antara adab ketika makan dan minum adalah:
1. mengutamakan orang yang lebih tua.
2. jangan gelojoh ketika makan dan minum.
3. menggunakan tangan kanan ketika makan.
4. mengambil makanan yang terdekat dengan kita.
5. jangan bercakap perkara yang tidak perlu ketika makan.
6. jangan mencaci atau menghina makanan yang di hidang kepada kita.



Cara makan dan minum yang betul.
Membasuh tangan sebelum makan.

selepas itu kita di ajar membaca doa sebelum makan, oleh itu, hendaklah kita membaca doa ketika hendak makan.


pakaian kita juga hendaklah bersih dan kemas.

kita juga mestilah duduk dalam keadaan tertib dan baik.

setelah selesai makan, kita ada doa selepas makan yang perlu di baca.

Fadhilat beradab semasa makan.
1. dapat mengelakkan pembaziran.
2. sentiasa di pandang mulia oleh orang lain.
3. tidak menimbulkan kebencian kepada orang lain.
4. sentiasa mendapat keredhaan dari ALLAH.
5. dapat manjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

Akibat tidak beradab semasa makan.
1. tidak di sayangi oleh Allah dan Rasul.
2. dipandang hina oleh orang lain.
3. boleh mendatangkan penyakit.
4. menyebabkan pembaziran.
5. perbuatan kita tidak di sukai oleh masyarakat.

mari kita menyanyikan lagu ini bersama-sama.

Assalamualaikum

Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap pengunjung blog yang baru di lahirkan ini.
Tujuan blog ini di lahirkan adalah untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa dan sesiapa sahaja untuk menyemak atau mengetahui tentang isi pembelajaran anak-anak atau adik-adik yang berada di darjah 2,
Sekolah Rendah Agama di bawah kelolaan JAIS.

Terlebih dahulu saya memohon ribuan kemaafan jika terdapat kekurangan dan ccat cela di dalam blog ini. Jika ada ketidak selesaan mahupun teguran, tegurlah terus kepada saya dengan meninggalkan comment mahupun e-mail kepada akaun e-mail saya. Oleh itu, di harap para pengunjung dapat memanfaatkan isi kandungan blog saya ini.

Sekian dahulu, di harap kelahiran blog ini akan mendapat sokongan daripada anda semua.
Syukran Jazilan......