Tuesday 14 June 2011

Adab Tidur.

Assalamualaikum
Ayuh para pengunjung, kita teruskan sesi pembelajaran kita kali ini dgn tajuk pelajaran kedua dalam
Ahklak Darjah 2.

Pada pengakhiran pembelajaran, seharusnya pelajar dapat:
1. menyatakan adab-adab sebelum dan selepas tidur. 
2. membaca doa sebelum dan selepas tidur.  
3. menghafaz doa sebelum dan selepas tidur.
4. menyatakan fadilat mengamalkan adab sebelum dan selepas bangun dari ttidur.
5. menyebut akibat tidak beradab sebelum dan selepas bangun tidur.

Antara adab sebelum tidur adalah:
1. menggosok gigi sebelum tidur.

 2. mengambil wuduk.

 3. berpakaian bersih.
4. memohon maaf kepada kedua ibu bapa.


5. membaca doa tidur.


Adab Selepas Bangun dari Tidur:
1. membaca doa bangun dari tudur, doanya seperti berikut:
   maksudnya: segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

2. mengemaskan bilik tidur.
3. mesti menggosok gigi.
4. mesti bersuci dan mandi.
5. mesti berpakaian bersih dan kemas.

Fadhilat Mengamalkan adab-adab sebelum dan selepas bangun dari tidur: 


1. dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w
2. dapat menjaga kesihatan tubuh badan.
3. melatih diri supaya sentiasa berdisiplin.
4. tidak mengantuk dan letih ketika belajar.
5. minda sentiasa cergas dan cerdas.
6. kita akan di sayangi orang sekeliling.
 Akibat Tidak beradab sebelum dan selepas bangun dari Tidur:


1. rasa mengantuk ketika belajar.
2. mudah mendapat penyakit.
3. hilang rasa disiplin diri.
4. di benci orang lain dan keluarga.
5. susah untuk mengingat pelajaran.
 

3 comments:

  1. aku rasa kan napi..kalau budak macam adik aku..dia faham je entri ko nii...cz dia ad bljr kn...lg2 klu dia tgok berwrna wrni mcm ni...n ad krtun lg...so, GOOD JOB!!!..my friend..truskan usaha anda..:)

    ReplyDelete
  2. simple but nice...sesuai untuk kanak2 khasnya dgn layout dan background yang colourfull..mood ceria memanjang...entri yang sesuai utk semua peringkat umur...teruskan!!!

    ReplyDelete